Bila? x tau nak letak tajuk..

Assalamualaikum warah matullahiwabarakatuh...

Sekadar renungan..



Psst : Mulai 28/8/11 hingga 4/9/11 aku akan bercuti dari dunia blog.. nak beraya sakan.. ops.. baru je tengok gambar kat atas.. dah sibok pasal rayakan.. hehehe..


Meriahnya bila tiba penghujung Ramadhan.

Salam... 

Alhamdulillah... dah sampai ke 25 ramadhan.. beberapa hari je lagikan. Ada yang ambik cuti awal mesti dah sampai kat kampung. Ada lagi ke yang tak habis soping-soping ni.. Jangan sampai licin pasaraya korang soping sudahlah.. berpada-pada ye. Nanti lepas raya boleh sambung balik soping-soping tu.

Semalam aku berbuka lagi kat rumah kakak aku (kakak sulong dah ibarat emak, Sebab dari kecik dia jaga aku sampailah aku dah besar godang ni). Meriahnya semalam sebab ramai jugak yang berkumpul. Belum lagi semua adik-beradik berkumpul.. Kalau semua datang semalam ada jugak yang terselit-selit nak cari ruang untuk berebut-rebut ambik makanan.

Menu semalam kakak aku masak nasi lemak lagi. Sebenarnya dia nak jamu keluarga abang aku. Tapi abang aku tak sempat nak datang pulak ada hal yang tak dapat dielakkan. Nasib baik ada adik-badik lain yang boleh perabihkan makanan tu semua. Salah satu adik badik tu akulahkan.. hehehe... 

Oh.. dah meleret-leret pulak citer aku ni. Meh aku hidangkan kemeriahan bila nak hujung-hujung ramadhan ni.. herm.. rasa nak berbuka lagi kat rumah kakak aku malam ni.. erk.. ker aku dah malas nak masak ni.. sebab malas nak kotorkan periuk belanga dah.. dasar pemalaskan...

Sebelum di hidang.. masih atas meja.. Ada sambal udang, dan Ayam goreng berempah dan bersalut kelapa.

Nasi lemak lagi... Seperiuk besar... 

Sudah sedia dihidang untuk santapan..

Bancuhan teh.. Bakal menjadi teh ais.. tapi masa aku snap gambar ni tak ais belum sampai lagi.. Nasib baikkan.. Kalau tak tergugat jugak iman nanti bila tgk ais berenang2 dalam tong ni.

Cekodok Udang... Ha sebakul kau... Kalau tak cukup jugak tak taulah... Korang nak tau berapa kilo tepung untuk cekodok udang ni.. 2 kilo tau.. itupun tak cukup... kuat makan betullah... 

Model cekodok.. hehehe.... Orang paling suka makan cekodok udang ni... 

Tengok terpaksa makan kat luar rumah.. sebab dalam rumah tak muat.. Sampai tak bertikarlah menghidang makanan.. Surat kabo pun jadilah.. 

Yang berbaju hijau tu.. Penganti ratu kebaya.. hahaha... 

aiks... kenapa lah gambar atas dengan bawah ni mesti ada orang nak tertonggeng ni.. nampak nak acara berebut amik makanan... 

Dah habis dah...

Penangan SYED

Salam.... 

Menghitung hari jekan.. Tapi tak boleh nak menghitung sangat nanti terasa lambat pulak masa berlalu.. Bila terasa masa berlalu mulalah jasad je di tempat kerja tapi hati nun jauh dikampungkan.  Tapi kampung aku tak jauh pun dekat je. Kat tanjung karang je tak derlah terasa sangatkan.. Korang yang jauh kat kedah tu memang terasa sangatlahkan.. Mana nanti nak drive lebih dari lima jam.. Harap korang sabar ye.

Mana yang raya kat selangor tu mehlah datang rumah aku.. Nanti aku hidang lemang dengan rendang ye.. 

Oklah lagi lima hari kita menghitung harikan.. Tapi bukan nak citer pasal raya.. Dah nama masih lagi ramadhan mestilah asyik citer pasal menu berbuka jekan. 

Ni alkisah teringin sangatlahkan.. Pagi2 lagi aku dah cakap kat en. Suami yang aku teringin nak makan nasi briyani. Sekali en. Suami setuju pulak bila aku kata teringin. Terus dia cakap jam 5 nanti lepas asar terus siap kita pergi beli briyani kat Seksyen 9. Memang sedap beriani kat situ dari zaman kitorang berkasih-kasihan sampailah anak kitorang dah berusia 4 tahun.. Kira-kira 6 tahunlah tu jelah tempat aku pergi bila aku teringin nak makan briyani..

Tu sebab aku kata penangan Syed.. Briani dialah penyebabnya.. Buatkan aku rindu je nak makan nasi briyani Syed ni. Takyah citer panjang nanti buat aku terkenag2 je walaupun sekotak dah aku bedal briyani tu. Ni aku bagi gambar untuk tatapan korang.. Sila layan.

Nilah restoran Syed tu... Restoran ni kat Seksyen 9, Bersebelahan Shell dan Hotel Concorde.
Gambar ni aku amik blog ni (Nava-K)

ni pun dari blog Nava-K

Kotak untuk isi nasi briyani Syed ni.. Aku rasa setiap kali aku pergi beli kat sini mesti packaging dia lain. Agaknya setiap tahun dia tukar kot packaging.

isi dalam dia... Ada telur kari, Dalca dan lain-lain.

Rojak aku beli kat seksyen 9 jugak.. kat belakang bank Rakyat tak silap aku..

Cendol pun aku beli sama dengan rojak.. (macam apa je ayat aku ni)

Sampingan untuk anak bujang aku... 

2 kotak sorang 2 ketul.. habis licin.. tak tinggal untuk aku sikit pun.. sedih mama tau... 

Psst : minta maaf kalau korang terasa lapar.

Uptown Seksyen 24, Shah Alam

Salam.. 

Selamat pagi harap korang semua sihat. Almaklumlah nak dekat raya ni. Ada jugak orang yang demam shopping, demam poket makin nipis pun ada jugakkan.

Sabtu lepas aku kengkonon nak beli bungga untuk bagi seri kat rumah aku. Jadinya aku terjahlah uptown shah alam.. Adoiii.. ramainya umat shopping kat sana.. meriah, seronok, kalau duit berkepuk mau dikautnya bawa balik semua kat sana.
Tapi masalahnya aku ni kalau dah ramai umat benda yang aku nak cari tak beli tapi beli barang lain pulak. hehehe.. maklumlah rambang matakan.. lagi-lagi dah bersengol-sengolan bahu dengan orang yang ramai sangat tu.

Lepas penat aku berpusing satu uptown tu. Aku pun ajaklah adik aku minum kat satu gerai tu. ada jual otak-otak, nasi lemak, dimsum dan macam2 lagilah..

ok aku nak sambung buat kejelah.. saja nak update info terbaru aku. yelahkan... agak lama jugak aku menyepikan diri. sebab bermuhasabah duit dah banyak keluar kat kereta aku tu. macam2 nak rosak.. yang terbaru compressor aircond pulak rosak.. pulus.. pulus... asal tak leh bonus.. mesti kete tu tau je...

Layan gambar aku sekitar kat uptown sabtu lepas.

Baju berbelang tu rakan adik aku.. hehehe.. rakan mesra... 

Nasi lemak aku yang teringin nak masak... 

Dan dimsum... aku tak makan pun.. aku amik gambar je... ntahlah walaupun tekak teringin jugak nak rasa tapi bila dah depan mata.. herm... terasa nak abaikan pulak..

Psst : hoyeee............. tinggal tujuh hari lagi nak raya... sabtu balik kampung mau kemas2 rumah mak pulak..

adeh....

Salam...

Alhamdulillah... Semalam cuti hari ni bekerja balik. Ada sesapa yang kerja semalam.. mestilah adakan semalam selangor dan beberapa negeri saje yang cuti nuzul Al-Quran.

Biasalah aku kalau hari cuti je mesti gantung periuk je. Kakak aku ajak berbuka kat rumah dia.. bagi meriah sikit rumah dia. Selalu berbuka anak-beranak jekan.. Ni dia ajak sekali anak-anak buah berbuka sekali.

oklah takyah citer panjang. aku tayangkan jelah sesi buka membuka semalam ye..

Antara makanan yang ada semalam. Rendang, Murtabak special dari abang aku, Kuih tepung Gomak, Kuih Kaswi. 

Sambal ikan bilis, Telur rebus, Timun dan kacan dan ikan bilis goreng. Mesti korang dah tahu apa menu utama bila tengok semua lauk-pauk nikan. Herm... dah tentulah nasi lemak special dari kakak aku.

ni pulak semasa sesi hidangan... yang dalam tong besar depan cabinet tu. Nasi lemak dan yang tong biru sebelah cawan tu air tebu... 

Nilah rupa air tebu... jangan terliur ye.. pandang je.. kalau tak sanggup pandang.. cepat2 toleh tempat lain.. kang batal puasa lak.. aku tak tahu.. hehehe

Lepas kenyang aku pun balik rumahlah... apalagikan... Ni kejadian kat rumah.. sibuk nak main bunga api.. dengan belengingnyer... tak padan ngan kecik... aku nak pegang tak bagi.

oklah selamat bersantapan mata ya... jangan marah...

Salam....
Selamat berpuasa untuk hari ke 16..


1)WAS-WAS SAAT MELAKUKAN TAKBITAUL IHRAM Saat mulai membaca takbiratul ihram "Allahu Akbar", ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ia langsung mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir ruku'. Ibnul Qayyim berkata: "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka tersiksa dan tidak tenteram.

2)TIDAK KONSENTRASI SAAT MEMBACA BACAAN SOLAT Sahabat Rasulullah SAW iaitu 'Utsman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah dan rancau". Rasulullah SAW menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Akupun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku" - (HR. Muslim)

3)LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Jika salah seorang dari kalian shalat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam" - (HR Bukhari dan Muslim)

4)HADIRNYA PIKIRAN YANG MEMALINGKAN KONSENTRASI Abu Hurairah r.a berkata: "Rasulullah SAW bersabda, "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan, ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya: "Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!", sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat" - (HR Bukhari)

5)TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SOLAT Ibnul Qayyim berkata: "Sesungguhnya ketergesa-gesaan itu datangnya dari syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah dan sembrono yang menghalang-halangi seseorang untuk berprilaku hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tergesa-gesa muncul kerana dua perilaku buruk, iaitu sembrono dan buru-buru sebelum waktunya". Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya - asal mengerjakan solat, asal selesai, jadi!. Tidak ada ketenangan atau thu-ma'ninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi kerana solat yang telah ia kerjakan belum sah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur'an yang mudah bagimu, lalu ruku'lah sampai kamu benar-benar ruku' (thuma'ninah), lalu bangkitlah dari ruku' sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu" - (HR Bukhari dan Muslim)

6) MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat. "Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW". Orang tersebut bertanya: "Apa yang dilakukannya?" Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW", kata Ibnu Umar. - (HR Tirmidzi)

7)MENENGOK KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT Dengan sedar atau tidak, seseorang yang sedang solat memandang ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik. Iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata: "Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum menengok ketika solat". Rasulullah SAW menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba". - (HR Bukhari)

8)MENGUAP DAN MENGANTUK Rasulullah SAW bersabda: "Menguap ketika solat itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian ingin menguap, maka tahanlah sebisa mungkin" - (HR Thabrani). Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda, "Adapun menguap itu datangnya dari syaitan, maka hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi bisa. Apabila ia berkata ha... bererti syaitan tertawa dalam mulutnya" - (HR Bukhari dan Muslim)

9) BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT Syaitan ingin mengganggu kekusyukkan solat dengan bersin, sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud: "Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan" - (Riwayat Thabrani). Ibnu Hajar menghuraikan pernyataan Ibnu Mas'ud, "Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat, sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain kerana syetan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan berbagai cara".

10) TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya" - (HR Muslim) Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari berbagai macam gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut. Dan bagi yang merasakan gangguan tersebut, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Berbuka yang lepas

Salam... 

Sabtu dan ahad yang lepas aku gantung kuali je.. Sebab kakak aku ajak berbuka kat rumah diorang. Alhamdulillah takyah aku nak bersilat bagai kat dapurkan..

Tapi ni bukanlah menu berbuka kat rumah kakak aku. Aku malas nak amik gambar bila dah jumpa adik badik kat sana. Ni aku siarkan gambar yang menu berbuka yang ntah hari keberapa ntah.. Yang penting ada jugak permandangan indah untuk tatapan korangkan menjelang nak berbuka puasa petang nantikan.

Ikan gerut masak masam manis... 

Ikan gerut goreng.. untuk anak2 aku.. makbapak pun tumpang sekaki...

sayur goreng orang malas... yang malas tu tang hirisan lobak tu.. nampak no pemalasnya..

Liguine Carbonara (ntah betul ke tidak namanya blasah je ni) 
Ni kakak aku bagi sedap.. nak request kakak aku buat lagilah..

Pisang goreng kaya dengan cheese... Sebab aku nak habiskan cheese dalam peti ais.. pehtu tak tau nak buat apa.. aku bancuhkan sekali dengan tepung goreng pisang ni.. pergh.. bila makan memang nikmat sangat...

Psst : mintak maaf kengkawan aku kurang berBW kat tempat korang.. ada yang pergi tapi tak tinggal jejak.. sebab ada tuntutan nafsu kerja yang harus diselesaikan.

15 Ramadhan

Salam

Sudah ramadhan ke 15.
Selamat berpuasa untuk hari ke 15...

Untuk Renungan Bersama.....
 
7 Sunnah Rasullalah SAW yang terbaik….
"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua:membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga:jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 
Keempat:jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh:amalkan istighfar setiap saat.. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Selamat Beramal.......

Seruan terpadam..

Salam...

Nak update.. tapi henset tinggal rumah pulak.. seru baru nak mula je dah terpadam balik.. 

Apa citer semua.. Hari ni kat opis tetiba kat suis aircond ada sticker MINIMUM SET : 24ÂșC. Cepat sungguh sahut seruan kerajaan diorang ni.. Adoi.. Tapi pepagi ni kalau aircond lambat sejuk mau berpeluh ketiak dibuatnya... Tak silap semalam baru keluar statement ni kat beritakan...

Psst : opis korang dah sahut ke seruan ni..

Dragon

Salam...

Alhamdulillah... Rezeki dipetang khamis dapat buah naga. Dah jadi salah satu dessert untuk berbuka nanti.

Terima kasih kepada pengasas kebun buah naga FFM Berhad ye...

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...