Aksi suami isteri

Salam... 

Amboi... amboi... korang. Baca je tajuk AKSI SUAMI ISTERI terus je tekan ye. Nak taulah tu apa aksi yang ada.. hehehe... Takder aksi yang adventure pun. Lainlah dua hero kecik aku tu. Yang tu macam-macam aksi diorang ada.. Terbanglah, supermanlah sampai yang aku tak pernah terfikir pun diorang ada. Almaklumlah akal bebudak panjang je. Kita pun panjang jugak tapi kebanyakkan kita masih boleh kawal lagikan.

Oklah berbalik pada aksi suami isteri aku ni kan. Citer kisah pagi tadi. En. Suami hantar aku pergi kerja. Tapi singgah Esso kejap untuk isi petrol. Sampai je kat Esso aku terus ternampak gambar eskrem Magnum. Apalagi aku belilah dua ketul. Satu untuk aku dan satu lagi untuk en. suami.

Macam mana aku boleh terpengaruh dengan eskrem magnum ni. Ni gara-gara tengok blog MDT semalam. Tu yang terus terkenan dengan eskrem ni. Padahal dah tengok iklan kat TB tapi tetap nak salahkan MDT jugakkan. Jangan marah ye MDT sambil tu promote ni.

Apa nak jadilah awal-awal pagi dah bedal eskrem. Tapi nak buat macam mana teringin tau..

Ok kat bawah ni aksi suami isteri ye.. kalau tak suka sila tutup mata korang.

Choc truffle tu untuk aku dan almond tu untuk en. suami.. tapi almond tu lagi sedap.. rugi.

Rupa choc truffel pada yang belum tahu.. ada bunyi riak kat situ.. tak baik betullahkan.

Almond.. dah separuh en. suami aku sebat.. tapi memang sedap pun.. 

Aksi aku dan en. suami.. terbeliak mata aku bila makan eskrem ni.. en. suami pun dah tak peduli yang penting dia menikmati eskrem tu.

Tengok sampai terteleng kepala aku. mulut en. suami tu mungkin menahan kesejukan. hehehe.. macam mana tak sejuk.. awal pagi dah bedal eskrem.. mau nyilu segala gigi dalam mulut tu.

Sila sambung buat keje ye.. nanti tengah hari sape yang teringin harap cecepat pergi kedai atau pasaraya cari eskrem ni. Tak rugi cuba tau. Seeeeeeeeeedaaaaaaaaaaaap


Ok.. dah habis.

28 comments:

  1. aksi lah sgttt kan..makan eskrem ropanya....

    ReplyDelete
  2. wuu tak sejuk ke pagi2 makan eskrem. nak2 bumi melaka ni mendung. pagi tadi around 3am tersedar dari tdo sebab hujan lebat gilak

    ReplyDelete
  3. magnum mmg best!

    tapi yg baru ni ai lom rasa lagi

    ReplyDelete
  4. sampai terjungkit kepala~~sedap sangat la tu~keh keh~~

    ReplyDelete
  5. woitttt..pepagi dah bantai magnum! Saya jeles tahu! haha

    ReplyDelete
  6. hehe.. mcm2 kan aksi suami isteri ni kan... layan magnum pagi2 sedappp kan..hehe

    ReplyDelete
  7. iols pun teringin juga nak makan eskrem ni
    setiap kali kuar iklan ni
    dok lah cakap... "esok nak beli"
    tapi tak jugak beli nya...!

    almond sedap eh???

    ReplyDelete
  8. jeolusnya...dapat makan magnum yang baru tu..
    aksi2 tu menunjukkan betapa sedapnya magnum..tak gitu

    ReplyDelete
  9. wah..sedap ni nak basah tekak nih...

    ReplyDelete
  10. Inilah pengaruh blog taw....nak cari gakler sekerim MAGNUM ni

    ReplyDelete
  11. Kalau si bujang comel 2 tu nak eskrim pepagi RK mesti kata tunggu nanti tengahari tapi kalau mama-papa dia huh... tak boleh tunggu mentang2 duit sendiri ye.:)

    ReplyDelete
  12. pehhh..pagi ni pon saya teringin makan eskem

    ReplyDelete
  13. huh.....memang best pat mkn eskrem...nak-nak tengahari panas2......

    ReplyDelete
  14. akak mcm anak izan,pg2 layan eskem hehe

    ReplyDelete
  15. vahhhhhhhh rara tak rasa ag ni.nk try jugakkkkk.

    ReplyDelete
  16. magnum best kat luar kepingan cokelat tu sedap glurpppp berapa kali telan air liur. magnum yang lagi satu tak boleh beli haram. kah kah

    ReplyDelete
  17. Educational Toys promotion at my blog now..come and cekidout the fun!

    or add us in fb
    intelligent.toys@yahoo.com

    ReplyDelete
  18. kalau yg lama tu manisssssssssssss...yg ni yg baru ekk...manis tak..?

    ReplyDelete
  19. memang sedap!
    tapi tak try lagi yg choc truffle tu
    saya misti cari!! hehe

    ReplyDelete
  20. ingatkan aksi ape td..rupa-rupanya aksi makan eskrem di pagi hari..comel je :)

    ReplyDelete
  21. sedapppppp tp harga pun sedapppp.. hehehehe

    ReplyDelete
  22. belum penah try lg eskem magnum yg nih.. balik nih harus cari.. kang kempunan lak.. hiks..

    ReplyDelete
  23. Nasib baik tak mengidam...tengok gaya makan ajer tak teruja nak beli. Boleh jadi model iklan ais krim nie.hehehe...

    ReplyDelete
  24. Sedapnyer makan eskrem, suka gak :)

    ReplyDelete
  25. lepas ni nak beli eskemlah...lama gak x makan...

    ReplyDelete
  26. wallawei.. ai belum makan lagi sebab tak tercari-cari lagi.. takpe.. sabar2.. nanti mesti dapat punya.. hikhikhik..

    ReplyDelete
  27. eida pun baru jerk dapat makan aiskrim nie..hari ahad lepas...

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...