Perbualan kecil...

Salam...

Sabtu malam minggu lepas, aku anak beranak pergi menziarh orang meninggal di Paya Jaras. Kebetulan kakak aku yang sulong ni pun tumpang sekali naik dengan aku. Masa on the way tu. Si Uzrei Danial ni berboraklah ngan mak long dia. Borak punya borak tetiba terkeluar dialog macam ni...

Uzrei ~ mak long... nape paklong asik keje je.. tak balik-balik pun jumpa mak long. Ujei tak pernah nampak   pak long..

Mak long ~ pak long dah tak balik dah.. pak long dia keje dengan Allah sekarang ni...

Uzrei ~ owh... lamanya keje.. memang dah tak balik ke?

Mak long ~ a'ah... pak long dok sana je..

lepas tu terus dah dia tak tanya... jauh betulkan daya imaginasi bebudak ni.. yelah dia tak pernah nampak pak long dia kan.. masa Arwah meninggal pun masa tu dia baru je beberapa bulan.. tak sempat nak kenal pun.. lepas tu kakak aku ni selalu je kitorang angkut kemana-mana. solo je.. tu yang timbul idea dia nak tanya mak long dia macam tu.. aduhai...

Lepas tu kat rumah yang kitorang menziarah orang meninggal ni pulak. Si anak aku no 2 Uzair Danish tu pulak boleh tanya kat abang ipar aku. Masa tu abang ipar aku tengah baca yasin kat jenazah. dia pun dok sebelah abang ipar aku..

Uzair ~ abah... abah..

Abah ~ ye... nape..

Uzair ~ abah dah habis baca ke doa..

Abah ~ dah habis... kenapa?

Uzair ~ bacalah lagi.. nanti orang tu hidup....

Abah ~ Sampai terangkat bahu.. menahan ketawa... nasib baik kat rumah orang meninggal... kalau tak dah lama tersembur ketawanya... tak tahan dibuatnya..

Anak aku memang panggil abang ipar aku abah. mungkin dah terbiasa dengan kakak n abang sepupu diorang panggil kot..

Hailah anak... macam-macam ada dalam fikiran...

Sekian..

babai..


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.


Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

2 comments:

  1. suka dengar soalan dr kanak-kanak sbb pertanyaan mereka selalunya ikhlas dr hati

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...