Masih ada yang murah..

Salam..

Semalam dengan tak dijangka dalam jam 5.30 petang kakak aku call ajak bakar-bakar ayam. Benda kalau tak plan memang menjadilah.. cuba kalau plan.. postpone esoklah.. lusalah.. minggu depanlah... sudahnya tak buat langsung.. Memang selalu yang terjadi bergitulahkan.

Berdedai lah aku dengan kakak aku ke giant port klang nak beli bahan-bahan untuk BBQ... Sampai umah pun dah dekat jam 7.00 petang... buat apa yang patut then terus prepare bahan-bahan BBQ tadi... Tak ada semua adik badik pun.. dah nama tak dirancangkan.. adik badik terdekat jelah dapat ajak.. yang jejauh.. nanti next time kalau buat baru ajaklah ye...

Tapi kalau ada yang lelain lagi meriahlah.. mesti memacam ragam yang ada.

Tak masak guna bara-bara pun..
masak atas dapur gas je.. senang.. kang nak hidup api berejam je.

Separuh lagi masak kat meja makan...
jadinya cepatlah proses memasa tu.. sekejap je dah boleh makan..
maklumlah bebudak ni eksaited nak makan kan..

See... berkerumun bebudak kat meja makan ni...
semua dah tak sabar nampaknyer...

Ipar duai ku.. yang nampak hidung tu... my en. Suamilah.. 
masa ni dah siap.. apalagi serbulah makan..


 Yummy... 
ni yang aku makan..

memang sedap air tangan kakak ku..

Pastu masa nak bayar kat kaunter.. nampak minyak ni berlongok kat tempat-tempat yang nak jual murah..
sok... sek.. sok.. sek.. ngan kakak aku.. murah ke minyak tu.. Sekali tengok memang murah.. RM5 je minyak ni.. yang berat 2.5 kg.. apa lagi.. kitorang sauk 6. 2 untuk aku dan lagi 4 untuk adik dan kakak aku..

oklah tu je kisahnyer

sekian

babai.

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

3 comments:

  1. mak aih? RM5 je..? pasal apa murah sangat..? ala. jauh la pulak giant port klang..

    banyak sangat barang mahal.. bila terlalu murah macam ni rasa susah hati pulak.. takut ada apa2 yg tak kena pada barang yg dijual.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. dapnye bbq... feveret nih... aktiviti bersama keluarga mmg best

    ReplyDelete
  3. bestnya. family saya kalau dah berkumpul ramai2, bbq tu memang agenda wajib la hihi

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...