Sudah terhantuk baru terngadah

Salam..

Kekadang tak faham dengan masyarakat sekarang... Bila diberitahu pun salah, Tak beritahu pun salah.. Minggu ni sahaje dah diberitahu kat kawasan sekitar selangor dan kuala lumpur akan mengalami gangguan bekalan air. Sebab proses pembersihan loji air untuk keselesaan dan kegunaan kita.. tu yang aku fahamlah...

Berita ni pun dah diberitahu dalam paper, dalam berita, lelagi mana yang suka berfacebook dah terang-terang ada member yang share artikel tentang gangguan bekalan air ni. Bila dah diberitahu.. tindakan yang perlu kita amik mestilah simpan air sebanyak mana yang boleh. Mana yang boleh dibasuh sebelum air takder kita basuh dulu. Supaya takderlah banyak keje kita nanti bila air dah dibekalkan semula.

Ni tidak membisinglah dalam facebook kata air dah takder nak basuh itu ini, Dah tahu awalkan air takder untuk minggu ni.. stoplah dulu sesi membasuh yang jenis major ni.. simpan air untuk keperluan basuh pinggan, memasak dan sebagainyalah.. Tak perlulah nak bising-bising init tak boleh basuh..itu tak boleh basuh... ke nak simpati.

Memanglah gangguan bekalan air tu katanya berlaku dari jam 8 pagi hingga 8 malam macam tu kot. Tapi dah nama proses pembersihan manalah kita tahu malam pun takder air jugak. Sebab tu berita tu kata kemungkinan sampai hari ahad ni. Jadinya kita sebagai pengunalah yang kene bersedia awal. Kalau ada air tu cecepat tadah. Boleh simpan esok lusa pulak. Bersedia itu lebih baik.

Herm... kekadang aku tak faham.. dah tahu tapi tetap nak bising-bising kat laman sesawang.. Sudahnya terpalit kan diri sendiri jugak.. bising-bising untuk apakah itu?... Ada saja yang tak puas hati kat hati memasing. Susah satu pihak nak puaskan hati untuk semua orang.

Lagi semalam dengar berita dari pihak syabas.. yang diorang menerima beberapa aduan tentang masalah gangguan air.. aku dah macam.. erk.. erk... bukan dah diberitahu awal ke.. kenapa masih ada aduan.. huhuhu.... erm.. positif maybe dia takder tv, surat kabo dan lain-lainlah... herm... entahlah.....

Jangan menjadi bak kata pepatah..

Sudah terhantuk baru terngadah (*mendonggak)


satu perumpamaan mengenai kejadian. yang membawa maksud apabila sesuatu perkara buruk telah terjadi barulah keputusan nak dibuat mengenai terjadinya perkara buruk tersebut. atau dengan kata lain baru hendak melaksanakan tindakan bagi menangani masalah tersebut

Psst ~ aku Mohon maaflah ye atas pandangan aku ni... Rasa terpanggil nak menulis.

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

7 comments:

  1. mmm... boleh jugak dikatakan bodoh sombongkan RK

    ReplyDelete
  2. Panggil vangang kang marah....akk kat umah pun akk tadah jugak..walaupun air masih ada sampai pagi ni...beringatlkah dulu yer tak..bukan tak dihebahkan..kalau benda2 yg tak berfaedah tu cepat pula taunya...alahaiii manusia....

    ReplyDelete
  3. wak lek je.berkoyan ke kain baju tak basuh???. propa je lebih dorang ni. wa hujung minggu baru nak basuh kain, malas basuh hantar dobi je : )

    ReplyDelete
  4. rakyat Malaysia la ni suke gaduh... xde benda pun nk gaduh.. pasal politik, agama, retis, sukan.. mcm2.. ada je nk digaduhnya

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..air di rumah Che Mid masih ok lagi..

    ReplyDelete
  6. orang dah bagi notis awal-awal tu...
    patut dah bersyukur and take action kan....
    aigooooo....payah nak cakap...

    ReplyDelete
  7. ada org yang tak alert hal notis2 ni..macam saya..hehe. Tapi Alhamdulillah kawasan Kota Damansara xde gangguan

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...