Rumah sewa kami

Salam...

Tengelam timbul.. tengelam timbul dah aku ni... sibuk beno gayanya.. memacam hal yang berlaku untuk tahun 2015. Salah satu halnyer malas nak update blog dah.. nak cerita macam tak tercerita pun ada dah.. padahal berlambak gambar kat dalam draft.. tapi tulah.. nak olah cerita dah tak tak sangat... hahaha....

Oklah nak cerita pasal rumahlah... Aku ada satu rumah atas nama suami kat Taman Perepat Indah, Kapar. Sebelum ni kami sewakan kat orang.. Jadinya penyewa ni pun dah berpindah sebab dapat rumah yang lagi dekat suaminya nak pergi kerja. Dari awal bulan hari tu dan mungkin jugak sampai 24/4/16 ni aku sibuklah nak uruskan urusan rumah tu untuk penyewa baru. Sebelum nak bagi orang baru masuk rumah kenelah cek apa benda yang rosak dan yang perlu dibaiki. Bagi penyewa baru puas hatilahkan... Dah masuk rumah nak repair macam-macam dah macam lecehlah pulak.. Baik repair sebelum diorang masuk rumah.

Takder banyak sangat benda nak repair pun kat rumah tu. Hanya sinki tersumbat, tombol pintu rosak, grill rumah kene welding balik sebab berhujan panas, dan keje-keje wiring lampu rumah, ada lampu yang selalu terbakar kata penyewa lama asyik nak kene tukar mentol je. Rupanya wiring tu macam short. Bila lampu kat luar rumah lampu dalam rumah macam terkene renjatan sekali. Mungkin itulah sebabnya mentol selalu terbakar.


Sebelum buat keje penambaikkan.. 
berangkut anak beranak berkelah kat rumah tu. nasib ada permainan penyewa lama. Diorang tak angkat lagi. bolehlah bebudak ni main kejap.. bagi hilang boring. yang penting lepas main kemas balik ye... 

Sebelum buat keje.. kite isi perut dulu ye...

Ni minggu lepas kot... masa tu baru datang tgk2 rumah ni.. nak tengok mana yang patut repair. kene listkan dulu...

Lapang je... tak masuk barang lagi.. letak sofa dan tv sempit jugak nanti ruang ni...

Bilik kat dapur.. nak repair tombol pintu je..

Nak tukar sinki tu kepada stainless steel dan nak panggil plumber untuk korek lubang sinki yang tersumbat.

Plumber tengah cari punca kenapa sinki dan bilik air utama tersumbat.

Akhirnya... jumpa jugak punca permasalahan kepada salur sinki dan bilik air utama tersumat..
ada bola seketul kat dalam tu. menghalang laluan pepejal untuk keluar. Bila terhalang air pun jadi slow nak lalu kat situ.. tu yang membuak2 ke lantai air dalam lubang tu.

En. suami lak buat keje-keje wirng lampu mana yang ada masalah.
Nasiblah tahu jugak nak pasal electrik ni.. kalau tak ranap gaklah poket kami suami isteri.. nak upah orang je kan. 

Upah kawan en. Suami betulkan pagar hijau tu. Tercabut dari dinding jiran sebelah.
Masa ni rumput panjang lagi. belum berpotong.. kikiki..

Ni rumput dah clear.. Tak upah orang potong rumput pun...
sape yang potong.. hehe.. akulah... malam tu takleh tido malam.. kiri kanan lengan aku sengal.. hahaha... Rasakan.. kengkonon gagah perkasa.


Gambar welding grill lupa pulak nak snap. kalau snap boleh gak simpan untuk rujukan akan datang.


Alhamdulillah.. penyewa baru pun dah ada.. agreement pun dah sign. tinggal na bagi kunci rumah je.. Konon nak bagi semalam. Tapi aku tak sempat nak pergi ke sana pulak. Kenelah tunggu sabtu ni baru pass kunci kepada penyewa baru.

Harap penyewa baru ni akan menjaga rumah ni seperti rumah sendiri.. 

Sekian...






Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...