Memunculkan diri.

Salam...

Ya Allah... lamanya tak bercerita kat dalam ni.. rasa kosong betul bila lama tak menjegah ke dairi alam maya ni.... berbulan-bulan diari alam maya ni terabai, ditinggalkan kesepian... banyak nak tanya kat korang ni.. ntah2 korang pun dah lama tak menjengah ke blog aku ni.. macam mana nak menjengah buka je asik benda yang sama jekan.. makin lama makin suram dah dunia blog ni.. tak macam di awal2 kemunculan dulu.. takperlah walau takder orang nak jengah.. ku tetap juga nak update.. walaupun tak selalu sekurang-kurangnya ada jugalah penyeri diari aku ni.. Sekurang-kurangnya korang tau jugak yang aku masih ada disini.. chewah...

KORANG APA KHABAR?
KORANG RAJIN-RAJINLAH JUGAK UPDATE BLOG

ok.. aku sekarang sibuk sikit.. tu yang walaupun ada benda nak citer kat blog.. tapi selalu masa tu mencemburui aku.. nak update tapi tak sempat.. simpan dulu gambar ni dalam draf.. ada masa aku update.. nah... kali ni masa tu sampai juga... untuk menceriakan dunia blog yang kian sepi ni...

Aku sebenarnya sekarang ada buat meniaga sikit-sikit dari rumah.. kononnya saja-saja nak buat makan-makan sendiri.. jadinya sedekah kat jiran tetanga... Bila jiran tetanga dah rasa dapat pulak order dari kengkawan opis, kengkawan sedara mara.. bila dah dapat sambutan macam tu.. aku rajin pulak iklankan kat Facebook... Tak sangka ada sambutanyang mengalakkan.. apa lagi tengah ada permintaan ni kan.. haruslah diteruskan selagi kudrat ditangung badan... merepek je aku ni..

Bisnes ni takderlah hebat sangat macam orang lain.. meniaga pun suka-suka je.. aku tak buat banyak jenis pun.. lagi pulak bekerja kan.. masa pun terhad.. mana nak urus rumahtangga, urus kerja dan nak meniaga lagi.. meniaga kecik-kecik ni pun hati nak kental... tengah ko leka buat kuih.. sekali anak nak susulah.. anak nak tidolah... anak nak mamamlah.. kikiki.. macam-macamlah... kenelah layan dulu... melalut lagi aku ni...

Jadinya sekrang aku adalah buat cheesetart, Creampuff, Brownies ikut permintaan Customerlah... Tapi sekarang yang paling laku Keras Creampufflah.. pergh.. tak menang tangan aku... Alhamdulillah.. rezeki dari Allah  S.W.T.. duit meniaga tu bolehlah buat belanja harian anak-anak.. menabung sesikit.. 

Ni creampuff untuk bebudak sekolah.. aku jual 1 pack ni ada 3 pcs.

ni pulak permintaan dari cikgu sekolah anak-anak, kawan-kawan dan juga rakan2 Facebook

Kekadang.. beginilah rupa peti ais aku.. tak tahu mana nak letak dah.. rasa macam nak beli chiller je...

Bila terlampau banyak order... berpinau mata menyiapkan order...

Cheesetart...

Brownies... 

oklah... aku chow.. dulu.. banyak benda nak citer ni.. nanti aku sambung lagi ye.. korang kalau nak tau cerita harian aku.. kliklah kat link FAcebook kat atas tu... Insha Allah.. hari2 aku ada kat sana.. hahaha..

Assalamualaikum..



Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...